Sun, 7 Jun 2026
Headlines:
Menteri lapor polis akaun Facebook peribadi digodam
Published on: Friday, June 05, 2026
Published on: Fri, Jun 05, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Menteri lapor polis akaun Facebook peribadi digodam
James menegaskan tidak pernah dan tidak akan meminta sebarang maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, nombor telefon, maklumat peribadi, kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau bantuan kewangan melalui media sosial.
Kota Kinabalu: Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib (gambar) pada Khamis mengesahkan akaun Facebook peribadinya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan kejadian itu, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan serta tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa berkaitan.

Advertisement
James menegaskan tidak pernah dan tidak akan meminta sebarang maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, nombor telefon, maklumat peribadi, kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau bantuan kewangan melalui media sosial.

“Sebarang mesej, hantaran, komen atau komunikasi yang menggunakan nama, gambar atau identiti saya bagi tujuan sedemikian adalah palsu dan tidak mendapat sebarang kebenaran daripada pihak saya,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang cubaan penipuan dalam talian yang menggunakan nama serta identitinya serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi.

James berkata sebarang maklumat rasmi berkaitan tugas dan urusan beliau sebagai menteri hanya akan disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi yang disahkan oleh pejabatnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here