Wed, 20 May 2026
Headlines:
Resipi nasi kuning Menteri buka rezeki baharu 
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Resipi nasi kuning Menteri buka rezeki baharu 
MUSTAPHA (kiri) berkongsi rahsia resepi nasi kuning dengan Jumadi. – Gambar Facebook Mustapha Sakmud
Kota Kinabalu: Bak kata pepatah “sudah jatuh ditimpa tangga”, begitulah nasib yang menimpa seorang bapa bernama Jumadi, apabila kehilangan pekerjaan akibat masalah kesihatan sebelum trajektori hidupnya berubah hasil keprihatinan seorang menteri.

Atas bantuan dan perkongsian “resipi rahsia” nasi kuning daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, bekas pengawal keselamatan itu kini bangkit membina perniagaan demi kelangsungan hidup keluarganya.

Advertisement
Mustapha menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Ahad berkongsi kepayahan hidup Jumadi yang disahkan menghidap ketumbuhan saraf di kepala, menyebabkan kesihatannya merosot selepas pembedahan tiga tahun lepas sehingga akhirnya diberhentikan kerja oleh majikan.

“Jumadi jatuh terduduk. Dia hanya mampu memandang kosong ke arah anak-anaknya. Jadi, saya duduk berbual dengan dia dan dalam kesakitan itu dia masih cuba tersenyum,” kata Ahli Parlimen Sepanggar itu mengimbas pertemuan mereka.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Mustapha, ketika ditanya mengenai wang simpanan untuk bertahan, jawapan lelaki itu amat meruntun jiwa apabila memberitahu gajinya selama ini sekadar “cukup-cukup makan” dan langsung tiada tabungan kecemasan.

Menyedari Jumadi mempunyai minat dan sedikit kemahiran memasak bersama isteri, Mustapha mendapat ilham untuk memodali perniagaan nasi kuning yang diimpikan lelaki malang itu, malah berjanji untuk menurunkan resipi istimewa yang belum pernah dikongsi dengan sesiapa.

Advertisement
Bagi merealisasikan hasrat itu, Mustapha melengkapkan keperluan perniagaan Jumadi dengan menyumbangkan modal bahan mentah, peralatan memasak seperti periuk besar serta sebuah peti sejuk beku.

Titik peluh dan sumbangan itu ternyata membuahkan hasil luar biasa apabila pada hari pertama berniaga, Jumadi meraih jualan lebih RM600, dan pencapaiannya melonjak semalam apabila menerima pesanan 400 bungkus dengan hasil mencecah RM3,200 sehari.

Advertisement
“Terharu saya melihat semangat Jumadi mencari rezeki demi melihat anak-anak membesar tanpa perlu mewarisi derita kemiskinan. Saya gembira dapat menjadi asbab kepada perubahan hidupnya.

“Saya tidak mahu jadi ahli politik yang sekadar datang, serahkan bantuan, ambil gambar dan tunjuk isyarat bagus sahaja. Ini janji saya kepada rakyat Sepanggar,” ikrar Mustapha yang amat dekat dengan denyut nadi penduduk di kawasannya.

Menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas sinar harapan baharu itu, Jumadi membalas jasa berkenaan dengan keazaman: “Terima kasih, Tok Mus. Tuhan sahaja yang mampu balas. Saya akan pikul tanggungjawab ini sehabis baik.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here