Wed, 20 May 2026
Headlines:
Ketua Cabang PKR Tuaran umum letak jawatan, keluar parti
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ketua Cabang PKR Tuaran umum letak jawatan, keluar parti
Tuaran: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran, Mohamad Razeef Rakimin (gambar) pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta selepas lebih 20 tahun bersama perjuangan Keadilan.

Dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di media sosial miliknya pada Isnin, bekas Ketua Penerangan PKR Sabah itu turut memaklumkan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti dan telah menghantar permohonan pembatalan keanggotaan melalui aplikasi Adil.

Advertisement
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya Mohamad Razeef Rakimin melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Tuaran dan semua jawatan saya dalam Keadilan. Saya juga ini mengisytiharkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan telah menghantar permohonan pembatalan keanggotaan melalui aplikasi Adil.

“Saya juga tiada cerita sedih atau mengungkit sejarah 20 tahun perjuangan bersama PKR. Juga tidak ingin menghentam PKR serta rakan-rakan yang masih kekal di sana,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, dokongan dan tunjuk ajar sepanjang perjuangannya dalam parti itu serta berharap ukhuwah kekal terjalin walaupun berbeza ideologi.

Langkah Razeef itu dijangka menghangatkan lagi perkembangan politik PKR Sabah ketika spekulasi mengenai kedudukan beberapa pimpinan cabang parti berkenaan terus diperkatakan sejak kebelakangan ini.

Advertisement
Terbaru, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Isnin mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sekali gus mengosongkan dua kerusi Parlimen berkenaan.

Menerusi kenyataan bersama pada Isnin, mereka memaklumkan surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Advertisement
Menurut mereka, keputusan itu dibuat bagi meneroka agenda politik baharu selain memulangkan semula mandat kepada rakyat kerana sebelum ini dipilih atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan turut mengesahkan akan kembali bertanding di kerusi sama menggunakan platform baharu dikenali sebagai ‘Bersama’ pada pilihan raya akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here