Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
Sambutan Minggu Perpaduan sasar 250,000 pengunjung
Published on: Saturday, June 06, 2026
Published on: Sat, Jun 06, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sambutan Minggu Perpaduan sasar 250,000 pengunjung
Aaron berkata perpaduan yang bermula pada peringkat akar umbi itulah yang akhirnya menjadi kekuatan utama dalam menjamin kestabilan, kemajuan dan kemakmuran negara.
Kota Kinabalu: Sebanyak 250,000 pengunjung dijangka memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekarangan Stadium Likas, di sini bermula 11 hingga 14 Jun ini.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan Jumaat memaklumkan, majlis perasmian sambutan bertemakan “Bersama Membina Negara Bangsa” itu dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun.

Advertisement
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata sambutan itu wadah penting dalam memperkukuh perpaduan dengan menghimpunkan rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya dalam semangat kebersamaan.

“Apabila nilai saling menghormati, memahami dan menerima kepelbagaian berjaya dipupuk dalam komuniti setempat, ia akan menjadi asas kukuh kepada pembentukan sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan yang sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata perpaduan yang bermula pada peringkat akar umbi itulah yang akhirnya menjadi kekuatan utama dalam menjamin kestabilan, kemajuan dan kemakmuran negara.

Menurut kenyataan itu, lebih 50 aktiviti menarik disediakan sepanjang sambutan, termasuk Pameran Rumah KAMI yang mempamerkan keunikan 15 etnik antaranya Kadazan, Rungus, Murut, Chetti, Portugis, Iban, Orang Ulu dan Bajau.

Advertisement
Turut ditampilkan ialah Perkampungan Etnik Melayu, Cina, India, Baba Nyonya dan Siam selain Pameran Bersama Membina Negara Bangsa, Pameran Raja Kita: Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Jualan Rahmah serta pameran aset keselamatan.

Bagi menarik minat generasi muda, pelbagai pengisian interaktif disediakan seperti pesta buku, sukan tradisional, permainan e-sukan, kembara Ilmu @Sabah, Pameran Petrosains, AR dan VR Metaverse serta Sudut Baca@Cafe.

Advertisement
Pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai acara seperti Pertandingan Sabah Idol, Ratu Perpaduan, Tarian Etnik Kreatif dan Konsert Malam Unity Sama-sama, yang membariskan artis terkenal tanah air termasuk Datuk Awie, Jaclyn Victor, Velvet Aduk, Qiqi Chen, Estranged dan Zubir Khan.

Orang ramai khususnya masyarakat di Sabah dipelawa untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program berkenaan, dan masuk adalah percuma.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here