KETIADAAN ekosistem selepas pertandingan menyebabkan ramai peserta termasuk top 3 Sugandoi Kaamatan hilang arah dan tidak dapat meneruskan impian bergelar artis berjaya.
Hanya segelintir yang dapat bertahan untuk terus popular atau berkarya antaranya Datuk Evaritus Gungkit (juara pada 1990) yang ketika itu dinamakan Bintang Kaamatan, Esther Applunius (2005), Rosario Bianis (2014), Fanzi Ruji (2016) dan Dabra Sia Ying Ying (2019).
Tahun ini Sugandoi Kaamatan dimenangi oleh Christal Ann Stephen (Sugandoi Terbuka), Qistina Izz Zara binti Roblin (Dazanak) dan Ambrose Poisil (Songkotoun).
Persoalannya dapatkah pemenang terbaharu ini mengekalkan momentum dan menjadi artis berjaya pada masa depan?
Setiap tahun ratusan bakat dari seluruh negeri mencuba nasib dalam pertandingan yang dianggap paling berprestij ini tetapi hanya tiga yang akan menjadi juara.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.




.gif)


