Fri, 5 Jun 2026
Headlines:
Ugutan jenayah: Lelaki direman di Ranau
Published on: Wednesday, June 03, 2026
Published on: Wed, Jun 03, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Ugutan jenayah: Lelaki direman di Ranau
ANTARA suspek yang ditahan.
RANAU: Seorang lelaki berusia 31 tahun direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah dipercayai ditujukan kepada ahli keluarganya di Kampung Debut Langsat, di sini.

Kes itu terbongkar selepas adik perempuan suspek membuat laporan polis pada 31 Mei lalu kerana bimbang akan keselamatan keluarganya susulan tingkah laku suspek yang semakin agresif.

Advertisement
Dalam laporannya, pengadu berusia 29 tahun itu mendakwa abangnya mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan pernah beberapa kali ditahan serta dipenjarakan atas kesalahan berkaitan dadah.

Menurutnya, selepas dibebaskan dari penjara pada April tahun lalu, suspek kembali kepada tabiat lamanya dan kerap bertindak agresif tanpa sebab yang jelas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menjalankan operasi pada awal pagi 1 Jun.

Suspek berjaya dikesan dan ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam di hadapan sebuah pondok yang terletak di belakang sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Debut Langsat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here