Sat, 23 May 2026
Headlines:
Lelaki diselamatkan dari menara telco
Published on: Friday, May 22, 2026
Published on: Fri, May 22, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lelaki diselamatkan dari menara telco
PASUKAN penyelamat mengambil masa hampir 3 jam untuk memujuk lelaki itu.
KOTA BELUD: Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan emosi diselamatkan selepas berada beberapa jam di tingkat dua sebuah menara telekomunikasi di Taman Nikmat, di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.37 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan 12 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan utiliti Vigo digerakkan ke lokasi.

Advertisement
Ketua Balai BBP Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.43 pagi dan mendapati mangsa berada di atas menara dalam keadaan tidak stabil, dipercayai mengalami gangguan emosi.

“Pasukan bomba bersama pihak polis menjalankan usaha memujuk mangsa bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal dan mangsa dapat dibawa turun dengan selamat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebagai langkah keselamatan, pasukan bomba turut memasang jaring keselamatan di kawasan operasi sebagai persediaan menghadapi sebarang tindakan luar jangka daripada mangsa,” katanya ketika dihubungi, Khamis.

Menurutnya, selepas hampir tiga jam operasi dijalankan, mangsa akhirnya berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Operasi turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.50 tengah hari selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here