Fri, 22 May 2026
Headlines:
Lelaki maut kereta masuk longkang
Published on: Wednesday, May 20, 2026
Published on: Wed, May 20, 2026
By: Gerry Lewis
Text Size:
Text:
Lelaki maut kereta masuk longkang
ANGGOTA bomba bersedia mengeluarkan mangsa yang tersepit.
KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu terjatuh ke dalam sebuah longkang konkrit di hadapan Stesen Minyak Shell Pekan Keningau, di sini, pagi Selasa.

​Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 8:58 pagi sebelum menggerakkan jentera FRT dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau ke lokasi kejadian bersama kekuatan lapan anggota.

Advertisement
​Apabila tiba, pasukan penyelamat yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Norhasrita itu mendapati seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan yang terperosok ke dalam longkang.

​Pasukan bomba melakukan penilaian risiko serta teknik penyelamatan di lokasi sebelum memulakan prosedur penstabilan kenderaan bagi menjamin keselamatan anggota.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Disebabkan posisi kenderaan tidak stabil, tindakan ‘chocking’ dilakukan pada bahagian tayar selain menggunakan kabel ‘winch’ daripada jentera FRT sebagai ‘anchoring’ untuk mengekang pergerakan kereta. 

Operasi turut dibantu oleh sebuah lori penunda yang berada di lokasi bagi menarik sedikit kenderaan tersebut untuk memberikan ruang kerja lebih selamat kepada pasukan penyelamat.

Advertisement
​Selepas kenderaan distabilkan, anggota bomba membuka akses masuk melalui ruang cermin bagi membolehkan pasukan penyelamat memeriksa keadaan mangsa. 

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pegawai perubatan dari Hospital Keningau mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement
​Proses mengeluarkan dan menaikkan jenazah mangsa ke kawasan selamat dilaporkan mengambil sedikit masa berikutan faktor ruang kerja yang amat terhad, selain susuk fizikal mangsa yang agak besar. 

Anggota bomba akhirnya berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan ‘scoop stretcher’ sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan. 

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9:48 pagi.

​Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada, peka dengan keadaan sekeliling serta memastikan tahap kesihatan diri berada dalam keadaan baik sebelum memulakan pemanduan. 

Memandangkan jalan raya dijangka semakin sibuk menjelang kemuncak perayaan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei ini, pengguna jalan raya digesa merancang perjalanan dengan bijak dan mengambil rehat secukupnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here