Wed, 20 May 2026
Headlines:
Taman Perindustrian Kota Belud bakal jana peluang perniagaan, pekerjaan
Published on: Tuesday, May 19, 2026
Published on: Tue, May 19, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Taman Perindustrian Kota Belud bakal jana peluang perniagaan, pekerjaan
Menurut Ewon, daripada lebih 13,000 ekar kawasan yang dikenal pasti pada peringkat awal, kerajaan negeri bersetuju membangunkan kira-kira 3,300 ekar bagi projek KBIP.
KOTA BELUD: Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick (gambar) berkata, Taman Perindustrian Kota Belud (KBIP) dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat negeri ini, khususnya penduduk di daerah Kota Belud, apabila ia mula beroperasi kelak.

Beliau berkata, pembangunan taman perindustrian itu selaras dengan usaha kerajaan negeri memperluaskan sektor perindustrian menerusi pembukaan tiga taman perindustrian baharu di Beaufort, Kudat dan Kota Belud.

Advertisement
Menurut Ewon, daripada lebih 13,000 ekar kawasan yang dikenal pasti pada peringkat awal, kerajaan negeri bersetuju membangunkan kira-kira 3,300 ekar bagi projek KBIP.

“Ketika ini, proses perolehan kawasan melibatkan tanah kerajaan dan tanah lain sedang dilaksanakan dan sudah tentu ia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Dalam masa yang sama, kementerian juga bergerak untuk mempromosikan taman-taman perindustrian ini yang telah diputuskan oleh kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Buhavan Square, Kota Belud, di sini, pada Ahad.

Advertisement
Ewon berkata, kementeriannya turut mengadakan lawatan promosi pelaburan ke Taiwan dan China bagi menarik syarikat luar melabur di Sabah.

Katanya, hasil lawatan tersebut, kerajaan negeri menerima komitmen pertama daripada Dongfeng Motor, sebuah syarikat pengeluar kenderaan dari China yang bekerjasama dengan syarikat tempatan Sabah, Kim Teck Cheong Berhad.

Advertisement
“Mereka telah memohon sekitar 200 ekar tanah di KBIP untuk membangunkan kilang pemasangan kenderaan mereka,” katanya.

Menurut beliau, selain syarikat berkenaan, sebuah lagi syarikat dalam sektor minyak dan gas turut memohon kira-kira 50 ekar tanah di kawasan itu.

Beliau berkata, pihak kementerian akan terus mempergiat usaha menarik lebih banyak pelaburan asing ke Sabah termasuk menerusi lawatan kerja ke Korea Selatan pada 8 hingga 12 Jun depan.

“Saya akan bertemu tiga syarikat dari Korea Selatan yang telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan perusahaan mereka di Sabah.

“Sebagai wakil rakyat Kadamaian dan Kota Belud, saya perlu meyakinkan mereka supaya memilih KBIP sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Apabila taman perindustrian ini mula beroperasi dan syarikat-syarikat mula bertapak di situ, peluang pekerjaan pertama perlu diberikan kepada rakyat Kota Belud khususnya di Kadamaian, Usukan, Tempasuk dan Pintasan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here