Sat, 23 May 2026
Headlines:
Sindiket kad pengenalan palsu tumpas, 9 ditahan
Published on: Thursday, May 21, 2026
Published on: Thu, May 21, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sindiket kad pengenalan palsu tumpas, 9 ditahan
Kota Kinabalu: Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengurusan permohonan kad pengenalan palsu di negeri ini hasil penahanan sembilan individu dalam Ops Pugo yang dilaksanakan selama enam hari sejak 7 Mei lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata kesemua mereka termasuk empat wanita, terdiri daripada lima warga Filipina dan empat warga Indonesia berusia lingkungan 36 hingga 61 tahun.

Advertisement
“Hasil operasi, polis merampas pelbagai dokumen dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan penipuan membabitkan permohonan MyKad antaranya 85 keping pelbagai dokumen permohonan MyKad, 54 keping salinan kad pengenalan dan 45 keping salinan dokumen pemohon MyKad. 

Turut dirampas, 24 gambar pemohon serta 10 set dokumen bertulis Program Khas Penempatan, salinan sijil lahir (sembilan), sijil lahir asal (enam), salinan pasport pelbagai nama (tujuh), telefon bimbit pelbagai jenama (tujuh), kad pengenalan palsu (lima) serta tiga cap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Operasi itu, katanya dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang wanita berusia 30 tahun pada 13 Mac lepas yang mendakwa kerugian RM20,000 selepas semakan mendapati tiada sebarang rekod permohonan kad pengenalan atas namanya diterima di JPN.

Jauteh berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Advertisement
Beliau berkata siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here