Sun, 17 May 2026
Headlines:
Lelaki ditahan jual bahagian hidupan liar 
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan jual bahagian hidupan liar 
Kota Kinabalu: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki melakukan penjualan haram bahagian hidupan liar dipercayai daripada spesies dilindungi dalam Ops Antique di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu pada Rabu lepas.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) menerusi kenyataan Jumaat memaklumkan operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menemukan dan merampas pelbagai bahagian hidupan liar yang dipercayai daripada spesies dilindungi.

Advertisement
“Ia termasuk 16 gigi taring disyaki babi hutan, sembilan gigi disyaki harimau dan 10 gigi disyaki beruang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan sejumlah produk sarang burung walet pelbagai berat dan 13 batu disyaki daripada spesies landak turut dirampas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) dan Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 bagi kesalahan memiliki, menyimpan dan mempamerkan bahagian hidupan liar tanpa kebenaran sah.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Advertisement
Bagi kesalahan melibatkan spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 5 tahun.

Kenyataan itu memaklumkan operasi bersepadu itu melibatkan PDRM melalui Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman.

Advertisement
Jabatan berkenaan turut menghargai kerjasama strategik bersama Perisikan Siasatan Khas, PDRM dalam membanteras jenayah hidupan liar di negeri itu.

Pada masa sama, JHLS meminta orang awam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti haram hidupan liar kepada jabatan itu bagi membantu usaha perlindungan hidupan liar di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here