Sun, 17 May 2026
Headlines:
Tiga ditahan, syabu dan ketum dirampas di Lahad Datu
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tiga ditahan, syabu dan ketum dirampas di Lahad Datu
LAHAD DATU: Polis menahan tiga lelaki dan merampas 5.17 gram syabu serta dua kilogram serbuk ketum dalam operasi berasingan pada 12 dan 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Polis Dzulbaharin Ismail berkata tangkapan dan rampasan dibuat susulan Ops Tapis oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di tiga lokasi berbeza.

Advertisement
Beliau berkata pada 12 Mei, pasukan itu menahan sebuah Toyota Avanza di lampu isyarat Jalan Pantai yang membawa kepada penemuan 5.09 gram syabu.

Seorang lelaki berusia 20an yang berada dalam Toyota Avanza itu didapati positif amphetamine dan methamphetamine. Semakan latar belakang mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Keesokan harinya, pasukan itu menahan sebuah Toyota Hilux di KM6 Jalan Lahad Datu-Tawau. Pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemukan 2kg serbuk ketum yang disembunyikan di dalam kotak croissant.

Pemandu didapati negatif dadah dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Advertisement
Kira-kira jam 3 petang pada hari sama, pasukan itu menahan seorang lelaki di belakang bangunan pasar raya besar di Jalan Reno Fajar. Lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan itu didapati memiliki 0.08 gram syabu di dalam poketnya. Dia juga didapati positif dadah.

Semua suspek kini dalam tahanan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here