BEAUFORT: Seorang warga asing berusia 43 tahun ditahan kerana disyaki mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kampung Limputong, Weston.
Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh berkata, suspek ditahan susulan satu laporan polis.
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun selepas dia didapati positif methamphetamine dan amphetamine dalam saringan air kencing yang dijalankan di ibu pejabat polis Beaufort.
Saringan itu dilakukan selepas lelaki berkenaan ditahan berkaitan satu kes jenayah yang sedang disiasat polis Beaufort.