Tue, 19 May 2026
Headlines:
PTI ditahan kes curi motosikal
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
PTI ditahan kes curi motosikal
Suspek dengan motosikal yang dicuri ditahan oleh Pegawai BSJ dari IPD Keningau.
KENINGAU: Seorang lelaki warga asing ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai terlibat kes curi motosikal di daerah ini menerusi Op Lejang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Garai berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.40 petang di tepi jalan kawasan perumahan Taman Kota selepas didapati menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement
Menurut beliau pemeriksaan lanjut mendapati motosikal jenis Yamaha berwarna merah bernombor pendaftaran SYF6640 itu adalah motosikal yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis yang dibuat pada hari sama.

“Kes berkenaan dilaporkan oleh seorang pembantu restoran berusia 25 tahun selepas mendapati motosikal miliknya hilang di hadapan Restoran Bebas, Keningau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pengadu memaklumkan motosikal itu diletakkan di lokasi berkenaan ketika bekerja sebelum menyedari ia hilang kira-kira jam 12.20 tengah malam pada 14 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan media.

Jelas Yampil suspek yang dikenali sebagai Arel Simon tidak mempunyai dokumen kemudiannya dibawa ke IPD Keningau bersama motosikal yang dirampas untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri motosikal tersebut bersama seorang lagi rakan sejenayah yang masih bebas dikenali sebagai Tom.

Selain itu suspek turut mengaku terlibat dalam beberapa kegiatan curi motosikal di daerah Keningau bersama rakan sama.

Advertisement
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing akan dijalankan selepas permohonan reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan suspek telah direman selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei 2026 bagi membantu siasatan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here