Mon, 18 May 2026
Headlines:
Dua PTI ditahan bersama 200 liter petrol di Semporna
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Dua PTI ditahan bersama 200 liter petrol di Semporna
DUA lelaki ditahan susulan rampasan petrol di Semporna.
SEMPORNA: Dua lelaki tanpa dokumen ditahan manakala 200 liter petrol dirampas dalam Ops Tiris 4.0 di sini, pada Jumaat.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna berkata tangkapan dan rampasan itu dibuat oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak sebelum diserahkan kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Semasa operasi pasukan turut merampas sebuah bot kayu dan enjin Yamaha Enduro 40HP.

KPDN dalam kenyataan berkata keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2,274 termasuk barang kawalan bernilai RM774.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kementerian itu membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, KPDN memberi amaran tegas kepada mana-mana individu atau syarikat terlibat supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Advertisement
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 122 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000,000 bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3,000,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula, denda tidak melebihi RM2,000,000 bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM5,000,000 jika sabitkan kesalahan.

Advertisement
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui WhatsApp di 019-848 8000, pusat panggilan di 1-800-886-800 atau menerusi aplikasi Ez ADU KPDN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here