Sun, 17 May 2026
Headlines:
Penjawat awam kekal bebas tuduhan babit kad pengenalan palsu
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penjawat awam kekal bebas tuduhan babit kad pengenalan palsu
SAFIAH bersama peguamnya di luar mahkamah selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi pada Khamis mengekalkan keputusan membebaskan seorang penjawat awam daripada pertuduhan membuat kad pengenalan palsu.

Hakim Datuk Maslinda @ Linda Mohd Ainal menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Safiah Alijang tanpa dipanggil membela diri.

Advertisement
Hakim turut mengesahkan keputusan Mahkamah Sesyen bertarikh 27 September 2022.

Safiah, 56, yang merupakan Penolong Pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa membuat kad pengenalan palsu atas nama Muhamad Daniel Hafiez bin Arif @ Jali pada jam 3.05 petang, 22 Mei 2013 di cawangan JPN Pitas.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 463/465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rustam Sanip mewakili pihak pendakwaan selaku perayu manakala Safiah diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.

Advertisement
Dalam kes berasingan seorang wanita penganggur yang pada Rabu didakwa menyeludup seorang pendatang Filipina tanpa dokumen sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas satu lagi pertuduhan sama membabitkan dua pendatang Filipina tanpa dokumen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Nihmah Hashim, 53, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Ratanah Devi Yusof Perumal.

Advertisement
Dia didakwa menyeludup dua pendatang Filipina tanpa dokumen kira-kira jam 5.30 pagi pada 31 Oktober 2025 di KKIA.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 19 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh.

Pada Rabu lalu Nihmah turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap satu lagi pertuduhan serupa membabitkan seorang pendatang Filipina tanpa dokumen.

Sementara itu seorang lelaki berusia 28 tahun didenda RM1,500 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret kerana membeli tiket loteri awam haram.

Raden Firman mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan yang dilakukan kira-kira jam 2.48 petang pada 5 Mac lalu di hadapan sebuah kedai di Pekan Baharu Inanam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa polis menahan Raden kerana terlibat dalam kegiatan perjudian loteri awam haram.

Polis turut menemui sebuah telefon bimbit, pencetak mudah alih, slip nombor perjudian bertarikh 5 Mac serta wang tunai RM102.

Mahkamah memerintahkan wang tunai RM102 yang dirampas dilucut hak sebagai hasil kerajaan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here