Fri, 22 May 2026
Headlines:
Zara pernah luah dakwaan dibuli di asrama
Published on: Wednesday, May 20, 2026
Published on: Wed, May 20, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Zara pernah luah dakwaan dibuli di asrama
Ketika membaca kenyataan saksinya, Nur Shira berkata Zara turut mendakwa aduan yang dibuat kepada warden asrama tidak dipercayai.
Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Selasa diberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir pernah meluahkan kepada ibu saudaranya mengenai dakwaan dibuli, kejadian mengganggu di asrama serta aduan yang didakwa tidak diendahkan oleh warden sekolah berasramanya.

Nur Shira Abdullah, 45, yang merupakan deponen ke-71 dalam inkues itu berkata Zara berkongsi perkara tersebut semasa cuti Hari Raya 2025 mengenai kehidupannya di asrama sekolah baharu.

Advertisement
Beliau memberi keterangan bahawa Zara menceritakan beberapa insiden melibatkan buli, pergaduhan antara pelajar, gangguan daripada rakan sekolah serta kisah seram yang tersebar di asrama.

Ketika membaca kenyataan saksinya, Nur Shira berkata Zara turut mendakwa aduan yang dibuat kepada warden asrama tidak dipercayai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa Zara pernah memaklumkan dirinya diganggu ketika tidur oleh seorang pelajar berperwatakan tomboy berdasarkan cerita yang disampaikan rakan sebiliknya.

“Dia berkongsi perkara itu dengan kami dan anak saya secara tidak sengaja merakam Zara ketika dia menceritakan kisah tersebut,” katanya ketika memberi keterangan.

Advertisement
Nur Shira turut mengingati Zara pernah memaklumkan bahawa dia diminta turun dari tingkat tiga asrama sekitar jam 1 atau 2 pagi untuk mengambil air minuman kerana penapis air terletak di tingkat bawah.

Menurutnya lagi Zara juga pernah mengadu wangnya hilang dan dipercayai dicuri.

Advertisement
Walaupun kelihatan kurang selesa dengan kejadian yang dialami, Zara masih mampu menceritakan perkara itu dengan tenang, katanya.

“Saya memberi sokongan secara umum dan menasihati Zara supaya memaklumkan perkara itu kepada ibunya serta membuat laporan kepada warden,” katanya kepada mahkamah.

Bagaimanapun menurut Nur Shira, Zara kemudian mendakwa aduannya kepada warden tidak diambil serius.

Saksi itu berkata beliau kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada ibu Zara yang menyatakan akan berbincang lanjut dengan anaknya.

Nur Shira turut memberitahu koroner bahawa sepanjang perbualan mereka, Zara tidak pernah bercakap buruk mengenai keluarganya dan tidak pernah menunjukkan dia takut atau tidak disayangi ibunya.

“Zara tidak pernah mengatakan dia tidak disayangi ibunya atau takut kepada ibunya.

“Pada pandangan saya, Zara mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan ibunya sejak kecil.

“Saya tidak pernah melihat sebarang pertengkaran serius antara Zara dan ibunya atau melihat Zara takut atau menjauhkan diri daripada ibunya,” katanya.

Beliau menggambarkan Zara sebagai seorang yang selesa bersama ibunya dan sering berkongsi cerita peribadi serta masalah secara terbuka.

Nur Shira turut memberi keterangan bahawa selepas memasuki sekolah menengah, Zara kelihatan lebih matang dan berdikari tanpa perubahan tingkah laku negatif yang ketara selain perubahan emosi dan sosial biasa dialami remaja.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here