Tue, 19 May 2026
Headlines:
Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, kata Fuziah
Published on: Monday, May 18, 2026
Published on: Mon, May 18, 2026
By: Elill Easwaran, FMT
Text Size:
Text:
Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, kata Fuziah
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh (tengah) berkata mesyuarat biro politik esok dijangka bincang tindakan terhadap Rafizi Ramli (kiri) and Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan).
PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli dan bekas naib presiden Nik Nazmi Nik Ahmad masih terikat dengan bon RM10 juta, walaupun mereka mendakwa telah mengosongkan kerusi Parlimen sebelum meninggalkan parti itu.

Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh berkata terdapat bukti bekas Ahli Parlimen itu telah menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) sebelum mengosongkan kerusi mereka, berdasarkan maklumat yang dipaparkan di laman web parti berkenaan.

Advertisement
Katanya, syarat bon parti tersebut oleh itu masih berkuatkuasa.

“Mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk parti Bersama dalam laman web parti, dengan ‘timestamp’ pada 17 Mei.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kalau ikut dasar perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 Mei, sebelum mereka mengosongkan kerusi mereka pada hari ini,” katanya.

Fuziah berkata walaupun PKR menyerahkan perkara itu kepada pasukan undang-undang parti, ia juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat biro politik esok, termasuk kemungkinan tindakan terhadap kedua-dua bekas pemimpin itu.

Advertisement
Di bawah bon tersebut, calon yang menang atas tiket PKR dikehendaki membayar RM10 juta dalam tempoh tujuh hari jika mereka meletak jawatan daripada parti, menyertai parti lain, atau menjadi ahli bebas.

Semalam, Rafizi berkata beliau dan Nik Nazmi tidak terikat dengan bon RM10 juta itu, dan keputusan mereka mengosongkan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa terlebih dahulu merupakan sebab mereka tidak akan berdepan tindakan disiplin atau undang-undang.

Advertisement
Menurut Rafizi, bon itu hanya terpakai jika seorang Ahli Parlimen keluar parti dan menyertai parti lain tanpa mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket PKR.

Mereka turut menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, memaklumkan peletakan jawatan kerusi Parlimen mereka berkuat kuasa hari ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here