Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Uji keupayaan kru udara, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
Uji keupayaan kru udara, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia
DUA helikopter EC725 AP dari Skuadron No 5 menjalani latihan altitud tinggi di Gunung Kinabalu. –Foto RMAF
RANAU: Latihan penerbangan altitud tinggi berintensiti tinggi di Gunung Kinabalu menguji ketahanan manusia dan keupayaan pesawat ke tahap maksimum ketika Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperkukuh kesiapsiagaan bagi misi mencari dan menyelamat (SAR) serta bantuan kemanusiaan dalam persekitaran ekstrem.

Latihan altitud tinggi “Gayo Ngaran” Siri 1/26 yang berlangsung dari 20 hingga 24 April itu melibatkan Skuadron No 5 dari Pangkalan Udara Labuan dengan penugasan dua helikopter EC 725 AP bagi mensimulasikan operasi kompleks pada ketinggian melebihi 10,000 kaki.

Advertisement
Latihan tersebut dijalankan sebagai kesinambungan daripada pengajaran dua insiden penting iaitu tragedi Low’s Gully 1994 dan gempa bumi Sabah pada 5 Jun 2015 yang menonjolkan keperluan mendesak untuk mempertingkat keupayaan SAR di kawasan pergunungan dan altitud tinggi.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam TUDM sepanjang latihan itu penekanan diberikan kepada penambahbaikan prosedur dan teknik operasi selain menguji peralatan sokongan pernafasan sedia ada bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanannya di persekitaran altitud tinggi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi melebihi 10,000 kaki memberi kesan ketara terhadap prestasi fisiologi manusia sekali gus mendorong pelaksanaan prosedur seperti latihan penyahmampatan pantas bagi meningkatkan keselamatan dan kesiapsiagaan kru udara.

“Selain itu julat prestasi helikopter EC 725 AP turut diuji secara menyeluruh dalam keadaan ekstrem termasuk keupayaan mengangkut muatan melebihi 1,000 paun dari lokasi pendaratan strategik berhampiran puncak Gunung Kinabalu seperti LP Paka dan LP Panalaban. Simulasi ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan bagi misi pemindahan dan bantuan di kawasan sukar serta terpencil pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

Advertisement
Latihan berkenaan diketuai Pegawai Memerintah Skuadron No 5, Leftenan Kolonel Mohd Asmil Faiq Adnan, melibatkan 16 anggota kru udara, 12 juruteknik, empat anggota Combat Air Rescue serta tiga pegawai perubatan dari 818 RSAT.

Bahagian Perhubungan Awam itu berkata komitmen yang ditunjukkan sepanjang latihan membuktikan Skuadron No 5 berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi untuk melaksanakan operasi melebihi 10,000 kaki.

Advertisement
“Komitmen yang ditunjukkan membuktikan Skuadron No 5 sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dalam melaksanakan sebarang operasi altitud tinggi melebihi 10,000 kaki.

Usaha ini turut mencerminkan peranan berterusan TUDM dalam memperkukuh kedaulatan negara serta menjamin keselamatan rakyat walau di mana mereka berada,” menurut kenyataan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here