Mon, 11 May 2026
Headlines:
Anwar mahu transformasi digital, AI sampai ke akar umbi
Published on: Sunday, May 10, 2026
Published on: Sun, May 10, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Anwar mahu transformasi digital, AI sampai ke akar umbi
ANWAR bertanya sesuatu kepada seorang kanak-kanak selepas melakukan lawatan Nadi Pulau Banggi pada Sabtu. – fotoBERNAMA
KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu dasar transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI) negara tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur, universiti utama atau institusi penyelidikan, sebaliknya dapat dinikmati rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata dasar teknologi baharu itu perlu diperluas ke setiap kawasan serta daerah  bagi memastikan keadilan kepada semua rakyat, khususnya golongan miskin serta masyarakat di kawasan pedalaman, pulau dan desa.

Advertisement
“Bila kita jadikan ini dasar negara, dua tahun setengah yang lepas, kebimbangan saya ialah dasar itu tinggal (tertumpu) di Kuala Lumpur, di universiti-universiti utama, badan-badan penyelidikan penting, tetapi tak sampai ke akar umbi.

“Jadi berlaku kesenjangan antara golongan terdidik, golongan kaya bandar, dengan golongan miskin terutama di pedalaman desa, pulau, bukit dan gunung di seluruh Sabah ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.

Advertisement
Anwar berkata Kerajaan Madani akan terus memberi perhatian bagi memastikan pembangunan digital tidak melebarkan jurang antara bandar dan luar bandar, sebaliknya menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu, kemahiran dan peluang baharu rakyat.

Menurut Menteri Kewangan itu, kejayaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) Pulau Banggi di sini yang dinobatkan juara kategori capacity building pada World Summit on the Information Society (WSIS) anjuran International Telecommunication Union di Geneva tahun lepas, membuktikan masyarakat di kawasan pulau terpencil juga mampu cemerlang dalam bidang digital apabila diberi ruang, kemudahan dan sokongan sewajarnya.

Advertisement
Beliau berkata walaupun Pulau Banggi jauh dari pusat bandar dan berdepan pelbagai kekangan kemudahan, kawasan itu tetap berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata kejayaan itu juga menjadi antara faktor beliau mahu turun sendiri ke Pulau Banggi bagi melihat pencapaian masyarakat dan pengurusan Nadi di pulau berkenaan.

“Nadi di Pulau Banggi disebut antara Nadi yang berjaya di negara kita. Di Pulau Banggi, pulau yang terpencil, tak ramai yang pakar-pakarnya, tetapi masih melahirkan, menjadikan pusat ini pusat utama. Saya ucap tahniah bukan saja kepada pengurusan Nadi tetapi kepada seluruh rakyat di Pulau Banggi,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata kejayaan Nadi Pulau Banggi perlu menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan terpencil untuk terus membina keupayaan dalam bidang digital, sekali gus membuktikan pembangunan teknologi boleh dimanfaatkan semua lapisan rakyat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here