Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Kebakaran Kg Bahagia: Cadangan perumahan tersusun perlu penilaian teliti – PM Anwar
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Kebakaran Kg Bahagia: Cadangan perumahan  tersusun perlu penilaian teliti – PM Anwar
SANDAKAN: Cadangan untuk pembangunan perumahan tersusun jangka panjang memerlukan penelitian rapi dan kerjasama pelbagai pihak sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan penekanan bahawa projek berkenaan perlu dirancang di peringkat daerah dan negeri terlebih dahulu.

Advertisement
Menurutnya, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan turut melibatkan beberapa kementerian utama seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). 

“Projek ini agak besar dan memerlukan perancangan yang teliti. Ia perlu disegerakan namun dalam masa sama tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira keperluan negeri, keutamaan serta strategi pembangunan yang telah ditetapkan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar bersabar sementara perbincangan dan perancangan menyeluruh dilaksanakan, sambil memberi jaminan bahawa proses terbabit tidak akan melengahkan pelaksanaan projek-projek lain pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat mangsa kebakaran di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi, pada Rabu. 

Advertisement
Pada Ahad lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan mencadangkan penempatan penduduk Kampung Bahagia perlu dibina dengan projek perumahan lebih terancang dan selamat bagi mengelak tragedi sama berulang. 

Khairul juga berkata kerajaan sedang mewartakan kampung berkenaan supaya pembangunan lebih sistematik dapat dirancang.  

Advertisement
Difahamkan, proses mewartakan kira-kira empat hektar tanah perkampungan atas air itu sedang berjalan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here