Mon, 4 May 2026
Headlines:
Advertisement
Diesel bersubsidi: Permohonan dibuka esok
Published on: Sunday, May 03, 2026
Published on: Sun, May 03, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Diesel bersubsidi: Permohonan dibuka esok
Armizan mengingatkan tempoh sah laku kelulusan SKDS adalah bergantung kepada tempoh sah LKM atau cukai jalan kenderaan, yang perlu dikemas kini secara berkala bagi memastikan kelayakan subsidi berterusan.
PUTRAJAYA: Permohonan pendaftaran Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibuka secara rasmi bermula esok (4 Mei).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat pengangkutan darat di ketiga-tiga wilayah itu bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan subsidi diesel di bawah sistem tersebut.

Advertisement
Menurutnya, antara syarat utama adalah kenderaan terbabit mestilah mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah dan masih aktif, selain didaftarkan sebagai kenderaan perdagangan dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah atau Sarawak.

“Selain itu, syarikat, perniagaan atau koperasi juga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), serta kenderaan itu juga harus tersenarai dalam 23 kategori kenderaan darat barangan yang diluluskan di bawah SKDS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pautan rasmi kerajaan mysubsidi.kpdn.gov.my bermula jam 9 pagi 4 Mei ini,” katanya, Jumaat.

Armizan berkata, kerajaan menetapkan kadar subsidi diesel semasa bagi sektor pengangkutan darat barangan di bawah SKDS pada RM2.15 seliter, membantu mengurangkan kos operasi syarikat logistik, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Advertisement
Bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran itu, beliau menasihatkan semua pemohon supaya menyemak kelayakan serta memilih kategori pendaftaran yang tepat, sama ada kategori syarikat, koperasi/PBT atau pemilikan tunggal.

“Pemilihan kategori yang betul amat penting bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau penolakan permohonan, manakala pelaksanaan pembelian diesel bersubsidi akan dibuat menggunakan kaedah fleet card melalui syarikat minyak yang dipilih oleh pemohon.

Advertisement
“Syarikat yang diluluskan di bawah SKDS boleh memohon fleet card dengan mengemukakan surat kelulusan bersama senarai kenderaan kepada syarikat minyak seperti Petronas, Shell dan Petron.

“Pemohon juga dibenarkan memilih sehingga maksimum tiga syarikat minyak bagi tujuan permohonan fleet card dan tempoh pemprosesan kad berkenaan dianggarkan antara dua hingga tiga minggu bergantung kepada syarikat terlibat,” katanya.

Senarai permohonan fleet card bagi Petronas di talian: 1-300-88-8282,  pautan: https://www.mymesra.com.my/for-business/smartpay; Shell di talian: 1-300-22-8181, pautan: https://www.shell.com.my/business-customers/shell-fuel-card/apply-for-shell-fuel-card.html dan Petron di talian: 1-800-88-8298, pautan:

https://www.petronfleetcard.com.my.

Armizan mengingatkan tempoh sah laku kelulusan SKDS adalah bergantung kepada tempoh sah LKM atau cukai jalan kenderaan, yang perlu dikemas kini secara berkala bagi memastikan kelayakan subsidi berterusan.

Sehubungan itu, katanya, KPDN menyeru semua syarikat dan entiti perniagaan sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang layak agar tidak melepaskan peluang untuk memohon kemudahan subsidi ini.

“Kerajaan kekal komited memastikan pelaksanaan dasar penyasaran subsidi ini dilaksanakan secara seimbang, inklusif dan berkesan demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here