Wed, 29 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Permohonan SKDS di Sabah, Sarawak dan Labuan mula 4 Mei
Published on: Monday, April 27, 2026
Published on: Mon, Apr 27, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Permohonan SKDS di Sabah, Sarawak dan Labuan mula 4 Mei
Armizan berkata peluasan pelaksanaan SKDS itu adalah selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof pada 6 April lalu.
PAPAR: Permohonan pendaftaran bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk sektor pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibuka bermula 4 Mei depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata peluasan pelaksanaan SKDS itu adalah selaras dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof pada 6 April lalu.

Advertisement
Menurutnya, fasa awal peluasan berkenaan akan melibatkan permohonan pendaftaran oleh syarikat-syarikat dalam sektor pengangkutan darat barangan di ketiga-tiga wilayah terbabit.

“Melalui pelaksanaan ini, kenderaan yang didaftarkan di bawah syarikat pengangkutan darat barangan yang berkelayakan boleh menikmati subsidi diesel pada kadar yang telah ditetapkan kerajaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pelaksanaan peluasan SKDS ini dijangka dapat memastikan penyaluran subsidi diesel yang lebih bersasar, sekaligus membantu mengurangkan kos operasi syarikat pengangkutan darat barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya selepas merasmikan Kempen Turun Harga @Bataras, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Armizan berkata, kadar harga subsidi semasa bagi SKDS sektor berkenaan adalah RM2.15 seliter.

Advertisement
Katanya, manakala kaedah ‘fleet card’ akan digunakan bagi pembelian diesel untuk syarikat yang layak dan telah berdaftar dalam SKDS dan mereka perlu memohon kad berkenaan daripada syarikat minyak pilihan masing-masing.

Permohonan ‘fleet card’ ini juga katanya, perlu disertakan dengan surat kelulusan serta senarai kenderaan yang boleh dicetak daripada sistem SKDS. 

Advertisement
Sehubungan itu, Armizan menasihatkan semua pemilik syarikat pengangkutan darat barangan supaya membuat persediaan awal dengan memastikan semua rekod dan dokumen berkaitan berada dalam keadaan lengkap dan sah. 

Beliau berkata, antaranya termasuk memastikan status pendaftaran syarikat masih aktif serta semua kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah.

“Ini akan memudahkan mereka kerana apabila semua persiapan dibuat, mereka boleh terus buat permohonan secara online apabila permohonan SKDS dibuka pada 4 Mei nanti dan kalau semua dokumen lengkap, permohonan itu boleh siap dalam sehari.

“Tetapi kita juga tahu keadaan geografi di Sabah, Sarawak dan Labuan selain permohonan secara online, kita juga akan membuat pendaftaran secara bergerak. 

“Mungkin ada syarikat-syarikat yang tidak mahir menggunakan pendaftaran online, kita akan buka ruang di tempat tertentu pada jadual tertentu untuk mereka membuat permohonan. 

“Jadi, fasa awal permohonan SKDS akan bermula pada 4 Mei 2026, manakala segala butiran lanjut mengenainya akan kita diumumkan pada 1 Mei nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Armizan Mohd Ali memaklumkan kerajaan terus memantau rapi kedudukan bekalan bahan api susulan ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat yang berpotensi berlarutan hingga pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan melalui kerjasama dengan Petronas serta syarikat-syarikat minyak lain sedang giat mendapatkan sumber bekalan alternatif bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam negara.

“Secara jujurnya, usaha mendapatkan sumber bekalan alternatif sedang dilaksanakan namun untuk berikan jaminan jangka panjang sehingga enam atau tujuh bulan, kita tidak boleh memberi jaminan sepenuhnya pada tahap itu.

“Bagaimanapun komitmen bekalan bagi tempoh bulan Jun dan Julai (tahun ini) telah pun diperolehi sekaligus memberi kelegaan dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, cabaran utama ketika ini lebih tertumpu kepada aspek logistik, termasuk risiko kelewatan penghantaran bekalan ke pelabuhan dan seterusnya ke destinasi dan situasi itu turut memberi kesan kepada beberapa kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak berikutan faktor jarak penghantaran yang lebih jauh.

“Isu yang kita hadapi bukan kekurangan bekalan, tetapi lebih kepada cabaran logistik yang boleh menyebabkan bekalan lewat sampai kerana terdapat situasi tertentu, sesetengah stesen minyak berdepan gangguan sementara bekalan diesel, namun ia bukan disebabkan kehabisan stok sepenuhnya.

“Ada stesen yang terpaksa menghentikan jualan buat sementara waktu, tetapi ia dapat diselesaikan dalam tempoh singkat kerana bekalan sebenarnya ada, cuma berlaku kelewatan dari segi penghantaran,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan akan terus memperkukuh pemantauan harian bagi memastikan bekalan diesel kekal stabil dan mencukupi di seluruh negara, selain memastikan sebarang gangguan dapat ditangani dengan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here