Sun, 17 May 2026
Headlines:
Dua wanita hilang di hutan Sipitang ditemui selamat
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Dua wanita hilang di hutan Sipitang ditemui selamat
SIPITANG: Dua wanita yang dilaporkan hilang apabila gagal pulang ke rumah selepas keluar memancing di kawasan hutan berhampiran Kampung Padang Berempah, di sini, ditemui selamat pada malam Rabu.

Dua wanita masing-masing berusia 59 tahun dan 56 tahun itu ditemui orang awam kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Advertisement
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Calvin Joe Jeafery berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan kedua-dua wanita itu pada jam 8.54 malam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai keluar dari rumah kira-kira jam 8.30 pagi untuk menjalankan aktiviti memancing, namun sehingga malam masih belum pulang dan gagal dihubungi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pengadu yang bimbang dengan keselamatan mangsa kemudian menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Calvin berkata sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan utiliti Toyota Vigo dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai.

Advertisement
“Pasukan tiba pada jam 9.14 malam sebelum mendapatkan maklumat lanjut dan membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pada kira-kira jam 11.29 malam, bomba menerima laporan bahawa mangsa telah berjaya ditemui oleh orang awam pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata mangsa kemudian dibawa keluar oleh orang awam ke PKTK bagi pemeriksaan keadaan serta proses pengecaman dan pengesahan oleh ahli keluarga.

Kedua-dua wanita itu kemudian dibawa pulang oleh ahli keluarga masing-masing.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here