LAHAD DATU: Dua rumah musnah manakala dua lagi mengalami kerosakan sebahagian dalam kebakaran di Kampung Sepagaya, di sini, pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.33 tengah hari.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Seramai 11 anggota bomba dikejarkan ke lokasi dengan menggunakan dua jentera bomba.
Setibanya di lokasi, anggota mendapati empat rumah sedang terbakar. Pasukan kemudian memadam kebakaran menggunakan aliran hos sepanjang 200 kaki dengan sumber air daripada jentera bomba.
“Dua rumah musnah sepenuhnya manakala dua lagi mengalami kerosakan sebanyak 10 peratus,” katanya.
Beliau berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat. Anggota polis dan petugas Sabah Electricity turut berada di lokasi kejadian.
Sehingga jam 5 petang, operasi masih diteruskan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.