Sun, 17 May 2026
Headlines:
Puluhan pelajar tonjol kehebatan dalam Momohiis, Manangon esok
Published on: Friday, May 15, 2026
Published on: Fri, May 15, 2026
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Puluhan pelajar tonjol kehebatan dalam Momohiis, Manangon esok
Menurut Lorrendah, peningkatan keseluruhan dalam kualiti prestasi mencerminkan dedikasi dan komitmen guru dan sekolah dalam menyediakan peserta dengan lebih sistematik dan profesional. 
PENAMPANG: Orang ramai dijemput datang beramai-ramai menyaksikan Pertandingan Momohiis, Manangon dan Momoroisol peringkat negeri 2026 sempena Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan Penampang pada Sabtu (esok).

Momohiis adalah mendeklamasi puisi, Manangon persembahan bercerita dan Momoroisol mempamerkan kebolehan pelajar dalam pengucapan awam, pemikiran kritis dan komunikasi persuasif.

Advertisement
Timbalan Pengerusi jawatankuasa penganjur Lorrendah Joseph (gambar) berkata orang ramai akan dapat menyaksikan kepetahan bercerita dan bakat pelajar sekolah rendah dan menengah mempersembahkan tarian dan nyanyian dalam bahasa ibunda mereka.

“Pertandingan kali ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada seluruh negeri. Ini berdasarkan jumlah sekolah yang menyertainya,” katanya kepada Daily Express.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here