SEMPORNA: Sebanyak 150 liter diesel dan 425 kilogram minyak masak paket dirampas dalam operasi bersepadu di bawah Ops Tiris 4.0 di sini, pada Rabu.
Rampasan bernilai lebih RM52,000 itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 22 Kunak dan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna.
Advertisement
X500px(H).jpg)
Dalam kes pertama, seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memiliki diesel tanpa kebenaran. Turut dirampas, enam tong jeriken mengandungi 150 liter diesel serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Dalam kes kedua, 425 paket minyak masak, sebuah bot pam bersama enjin dan kipas dianggarkan bernilai RM2,165.50 dirampas oleh PPM.