Sun, 10 May 2026
Headlines:
Sindiket pelaburan palsu tumpas, 28 ditahan di Tawau
Published on: Friday, May 08, 2026
Published on: Fri, May 08, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Sindiket pelaburan palsu tumpas, 28 ditahan di Tawau
ANTARA warga asing terbabit yang dibawa ke Mahkamah Tawau untuk permohonan perintah reman.­
TAWAU: Seramai 28 warga asing direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian tidak wujud yang menyasarkan warga Korea Selatan, dipercayai beroperasi di empat banglo mewah di daerah ini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 21 hingga 51 tahun, termasuk dua wanita, dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata kesemua suspek terdiri daripada 27 warga China dan seorang wanita warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9.20 pagi di empat banglo mewah di Bandar Sri Indah (BSI), Batu 10, Jalan Apas.

Beliau berkata serbuan dilakukan oleh pasukan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Strike Team dan Task Force Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam operasi itu, polis merampas 33 telefon bimbit, tiga komputer riba dan dua set modem internet yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan memasuki Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham dalam talian menggunakan beberapa platform aplikasi pesanan segera, dengan menjadikan warga Korea Selatan sebagai sasaran utama.

Advertisement
Menurutnya, sindiket itu turut dipercayai menjadikan lokasi serbuan sebagai pusat operasi, tempat latihan, penginapan dan kawasan rehat ahli sindiket.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan semua suspek, mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenal pasti rangkaian kegiatan mereka.

Advertisement
Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan penahanan 80 warga asing, termasuk 78 warga China, di sebuah premis pusat peranginan di Tawau pada April lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan.

Mereka dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian berskala antarabangsa dengan menyamar sebagai polis China dan menyasarkan warga Amerika Syarikat berketurunan Cina.

Sebutan semula kes mereka ditetapkan pada 25 Mei ini di bawah pertuduhan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) Kanun

Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama kerana didakwa mempunyai niat bersama dalam pakatan jenayah untuk memperdaya mangsa dalam penipuan insurans.

Sebanyak 23 daripada mereka turut didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, manakala seorang lagi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here