Fri, 15 May 2026
Headlines:
Lelaki dilepas tanpa bebas kes rogol anak saudara
Published on: Wednesday, May 13, 2026
Published on: Wed, May 13, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki dilepas tanpa bebas kes rogol anak saudara
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan merogol anak saudaranya yang bawah umur.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan memberikan DNAA itu selepas dimaklumkan bahawa pengadu telah menarik balik laporan polis terhadap lelaki terbabit.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu sebelum perbicaraan bermula.

Susulan itu, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka memutuskan untuk menghentikan prosiding mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak pembelaan tidak membantah dan memohon agar DNAA diberikan.

Lelaki itu dituduh merogol remaja perempuan berusia 16 tahun itu kira-kira jam 11 malam pada penghujung Jun 2024 di sebuah rumah di Tamparuli.

Advertisement
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun serta sekurang-kurangnya 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan yang dibayar oleh lelaki itu dipulangkan dan tarikh perbicaraan dibatalkan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mewakili pihak pendakwaan manakala lelaki itu diwakili peguam Sylvester Kuan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here