Fri, 8 May 2026
Headlines:
Pusat pemindahan banjir bersepadu siap 30 peratus
Published on: Wednesday, May 06, 2026
Published on: Wed, May 06, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Pusat pemindahan banjir bersepadu siap 30 peratus
JAMAWI (kanan) semasa meninjau Projek Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Bersepadu di Mandalom.
Tenom: Projek Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Bersepadu yang sedang dibina bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Mandalom kini siap kira-kira 30 peratus.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Jamawi Jaafar telah mengadakan lawatan baru-baru ini berkata apabila siap kelak pusat pemindahan itu akan menyediakan kemudahan lengkap dan selesa bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan bencana di kawasan berkenaan.

Advertisement
“Selain berfungsi sebagai pusat pemindahan ketika bencana dewan ini juga akan dimanfaatkan sebagai gelanggang futsal dan pelbagai aktiviti sukan lain apabila tidak digunakan untuk tujuan kecemasan,” katanya.

Dalam lawatan tersebut Jamawi turut menerima taklimat terperinci daripada pihak kontraktor mengenai status semasa projek terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor serta Kementerian Pendidikan atas kelulusan peruntukan bagi pembinaan kemudahan tersebut.

Beliau berkata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap amat menghargai usaha kerajaan dalam menyediakan infrastruktur penting demi kesejahteraan komuniti setempat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here