Sun, 31 May 2026
Headlines:
Sabah yakin bayaran lebih tinggi
Published on: Friday, May 29, 2026
Published on: Fri, May 29, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah yakin bayaran lebih tinggi
ARMIZAN (dua dari kiri) bersama Masidi (kiri), Dr Joachim (dua dari kanan) dan Ewon (kanan) serta barisan kepimpinan GRS di mesyuarat itu.
Kota Kinabalu: Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali yakin Kerajaan Persekutuan akan bersetuju membuat semakan dan meningkatkan bayaran interim RM600 juta ketika ini daripada Pemberian Khas 40 peratus hak Sabah tahun ini.

Beliau berkata keyakinan itu selaras dengan komitmen dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, termasuk menerusi kenyataan rasmi di Dewan Rakyat pada 13 November 2025 bahawa Kerajaan Persekutuan mengiktiraf hak Pemberian Khas 40 peratus Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement
Menurutnya, komitmen itu menunjukkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan memperbetulkan pendirian pentadbiran terdahulu yang bukan sahaja gagal membuat semakan kadar pemberian khas, malah pernah menyatakan di Parlimen bahawa hak 40 peratus Sabah telah terhenti berkuat kuasa.

Bagaimanapun, katanya, GRS tetap berpendirian tegas bahawa semakan terkini kadar Pemberian Khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan tahun ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Walaupun kes berkaitan hak 40 peratus ini masih dalam proses perundangan di Mahkamah Rayuan, GRS tetap berpendirian tegas bahawa semakan terkini kadar Pemberian Khas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan perlu dilaksanakan tahun ini.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan terus menggunakan platform rundingan yang diwujudkan bagi memastikan kadar baharu ini dapat dipersetujui dengan nilai lebih tinggi selaras tuntutan dan syor rasmi Sabah.

Advertisement
“Sabah menuntut hak dan tambahan hasil ini untuk memperluaskan ruang fiskal negeri demi kesejahteraan rakyat serta mempercepat pembangunan negeri.

“Justeru, diyakini Kerajaan Persekutuan akan bersetuju membuat semakan dengan peningkatan kadar baharu pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan selepas menyelaraskan sesi perbincangan khas berhubung status perkembangan pelaksanaan hak 40 peratus Sabah, di sini, Khamis.

Advertisement
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I merangkap Presiden PBS Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Menteri Kewangan; serta Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick merangkap Presiden Upko bersama barisan kepimpinan GRS.

Armizan berkata peningkatan kadar Pemberian Khas daripada hanya RM26.7 juta bagi tempoh 1974 hingga 2021 kepada RM600 juta setahun ketika ini membolehkan pelbagai inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan negeri.

Menurutnya, antara inisiatif diperkenalkan ialah pelaksanaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi manfaat langsung kepada golongan miskin di seluruh Sabah, dengan sebanyak 6,634 rumah siap dan diduduki isi rumah miskin dari 2022 hingga 30 April 2026.

Selain itu, katanya, Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) yang bermula dua tahun lalu turut menyalurkan bantuan tunai bulanan kepada kira-kira 140,000 ketua isi rumah miskin di seluruh Sabah.

“Dengan jangkaan peningkatan kadar Pemberian Khas tahun ini, kerajaan negeri turut merancang memberi fokus kepada inisiatif tambahan termasuk menaik taraf sistem perpaipan air bagi menangani isu air tidak berhasil (NRW) serta pembinaan jambatan terutama di kawasan luar bandar.

“Usaha ini penting bagi memastikan hasil yang diperoleh menerusi hak 40 peratus dapat diterjemahkan kepada pembangunan menyeluruh dan manfaat langsung kepada rakyat Sabah,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here