Mon, 1 Jun 2026
Headlines:
Angin kencang dijangka badai barat Sabah, Labuan dan utara Sarawak hingga 1 Jun
Published on: Friday, May 29, 2026
Published on: Fri, May 29, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Angin kencang dijangka badai barat Sabah, Labuan dan utara Sarawak hingga 1 Jun
Gambar sekadar ilustrasi.
Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan di barat Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan utara Sarawak susulan penumpuan angin baratan kencang yang dijangka berlaku dari 30 Mei hingga 1 Jun ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora selain pembentukan garis badai yang dijangka membawa cuaca lebih lembap serta berangin kencang di kawasan perairan terlibat.

Advertisement
“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan serta perairan Selat Melaka Utara berkuat kuasa hingga 1 Jun ini,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terlibat, dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca semasa dengan merujuk laman sesawang rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini serta sahih.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here