Mon, 18 May 2026
Headlines:
Sandakan sasar jadi peneraju pelancongan selamat dan sihat
Published on: Sunday, May 17, 2026
Published on: Sun, May 17, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Sandakan sasar jadi peneraju pelancongan selamat dan sihat
FIRDAUS (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Program OSH-C Madani pada majlis tersebut.
SANDAKAN: Sandakan yang terkenal dengan tarikan ekopelancongan berpotensi menjadi peneraju serta penanda aras pelancongan selamat dan sihat di rantau ini menerusi pengukuhan budaya keselamatan serta kesihatan pekerjaan (KKP) dalam sektor pelancongan dan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata sasaran tersebut boleh dicapai dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan agensi-agensi lain terutamanya yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

Advertisement
Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UN Tourism pada tahun 2024 menegaskan bahawa aspek kesihatan dan keselamatan perlu dijadikan keutamaan dalam pembangunan sektor pelancongan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

“Menurut WHO pengalaman ketika berhadapan pandemik Covid-19 membuktikan bahawa sektor pelancongan dan kesihatan saling berkait rapat khususnya dalam melindungi pelancong, pekerja industri serta komuniti setempat,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pemerkasaan Kebolehpasaran Belia dan Jalinan Kasih Batu Sapi pada Jumaat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sehubungan dengan itu beliau berkata kerjasama rentas sektor melalui latihan keselamatan, kesiapsiagaan krisis, pembangunan infrastruktur kesihatan dan budaya kerja selamat amat penting bagi memastikan industri pelancongan terus diyakini, berdaya saing dan mampan pada masa hadapan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata Sandakan perlu menjadi contoh untuk amalan KKP terbaik kerana ia mempunyai pelbagai tarikan pelancongan menarik termasuk Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sungai Kinabatangan, Rainforest Discovery Centre, Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuarydan Batu Sapi Heritage Park.

Advertisement
“Sebagai seorang yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri di Motac, saya amat bangga untuk menyatakan bahawa Sandakan merupakan antara destinasi pelancongan paling unik bukan sahaja di Malaysia malahan dunia.

“Justeru saya melihat Sandakan dan Batu Sapi mempunyai potensi besar untuk menjadi penanda aras pelancongan selamat dan mampan di Sabah,” ujarnya.

Advertisement
Menurut beliau aspek KKP perlu diberi perhatian serius kerana ia bukan sahaja melibatkan pekerja malah meyakinkan pelancong terhadap destinasi yang dikunjungi.

Beliau turut menggalakkan mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh NIOSH terutamanya program Safety Induction for Tourism Industry (SITI), di mana 10,000 slot latihan percuma ditawarkan oleh Kesuma di seluruh negara.

“Program seperti Siti ini bukan sahaja mampu meningkatkan tahap kesedaran mengenai KKP malah membantu membentuk komuniti pelancongan yang menambah aspek perundangan serta mengamalkan budaya kerja yang lebih profesional, selamat dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata Kesuma menerusi NIOSH turut menyediakan kursus Penyelarasan KKP Madani (OSH-C Madani) secara percuma untuk 3,000 peserta dari sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tahun ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif NIOSH Datuk Ajoy Salleh berkata Pejabat NIOSH Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menyasarkan penyertaan seramai 1,500 peserta program SITI serta 1,000 peserta OSH-C Madani sepanjang tahun 2026.

Melalui Pejabat NIOSH Negeri Sabah (Sandakan) seramai 60 peserta telah berjaya menamatkan latihan Program OSH-C Madani yang berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2026 manakala 40 peserta lagi mengikuti Program Siti pada 14 Mei 2026.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here