Mon, 1 Jun 2026
Headlines:
Dyeneley Daud wakil Nabawan juara Randawi Tavantang Kaamatan
Published on: Friday, May 29, 2026
Published on: Fri, May 29, 2026
Text Size:
Text:
Dyeneley Daud wakil Nabawan juara Randawi Tavantang Kaamatan
DYENELEY (tengah) diapit oleh Bryan (kiri) dan Daniel.
PENAMPANG: Dyeneley Daud yang mewakili Nabawan muncul sebagai juara Randawi Tavantang Kaamatan (RTK) 2026 peringkat negeri yang berlangsung di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Rabu lepas.

Dyeneley, 19, telah menewaskan 49 peserta dari seluruh daerah di Sabah, sekali gus membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai dan hadiah iringan berjumlah RM114,958.

Advertisement
Naib johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi oleh Bryan Niccolson Jacob mewakili Keningau dan Daniel Chrionie Taning dari Tamparuli.

Dyeneley yang kini mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru berkata kemenangan yang diraih ialah hasil sokongan moral serta kata-kata semangat daripada keluarga sepanjang pertandingan berlangsung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pertandingan RTK ialah platform bagi saya untuk memperkasakan kebudayaan Sabah agar lebih dikenali pada peringkat luar. Dalam manifesto saya memang saya tahu platform Randawi Tavantang Kaamatan ini sangat kuat. 

“Jadi, saya menggunakan kesempatan yang baik ini untuk merealisasikan impian saya sebagai seorang penari, iaitu saya ingin memartabatkan, memperkasakan lagi tarian tradisional di negeri Sabah,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu.

Advertisement
Beliau juga berterima kasih kepada jawatankuasa KDCA Nabawan yang banyak membantunya dalam persediaan awal pertandingan, di samping mengurus sendiri busana dan tatarias sebelum pertandingan.

“Cabaran utama ialah membahagikan masa pengajian dan pertandingan sehingga terpaksa menduduki peperiksaan lebih awal demi menyertai pertandingan ini,” katanya.

Advertisement
Beliau berharap belia yang bakal menyertai pertandingan RTK pada tahun hadapan dapat menetapkan misi dan visi yang jelas selain memahami tanggungjawab besar yang perlu digalas sebagai ikon budaya dan warisan.

Randawi Tavantang Kaamatan ialah pertandingan kebudayaan khusus untuk pemuda Sabah yang berkongsi misi dan visi bagi mempromosikan keunikan budaya, adat dan pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun Murut Rungus, serta menjadi agenda tahunan Kaamatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here