Sat, 30 May 2026
Headlines:
Lelaki tipu rakan pasang ‘bodykit’ dipenjara, sebat
Published on: Wednesday, May 27, 2026
Published on: Wed, May 27, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki tipu rakan pasang ‘bodykit’ dipenjara, sebat
Kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 23 tahun yang menipu rakannya berhubung pemasangan bodykit kereta dijatuhi hukuman penjara 16 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret pada Selasa.

Mohammad Harith Ihsan mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memperdaya Samidah Adim supaya menyerahkan wang RM320 serta kereta Proton Saga Premium S berwarna kelabu miliknya dengan alasan untuk memasang bodykit di Kampung Rampayan, Manggatal kira-kira jam 1.30 petang pada 19 Februari lalu.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa pengadu menyerahkan keretanya kepada Harith selepas tertuduh mendakwa rakannya boleh memasang bodykit dan menjanjikan kerja itu siap pada hari sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi tujuan tersebut pengadu membuat pembayaran dalam talian sebanyak RM200 melalui QR Pay ke dalam dua akaun berbeza.

Keesokan harinya pengadu menghubungi Harith untuk bertanyakan mengenai pemasangan bodykit itu namun dimaklumkan bahawa kereta tersebut telah dibawa ke Sandakan.

Advertisement
Harith kemudian meminta tambahan RM120 sebagai kos minyak untuk membawa semula kereta itu ke Kota Kinabalu dan wang tersebut turut dibayar pengadu melalui QR Pay.

Bagaimanapun pengadu mendapati tiada bodykit dipasang dan Harith kemudian meminta lagi RM600 sekiranya pengadu mahu mendapatkan semula keretanya menyebabkan mangsa membuat laporan polis.

Advertisement
Siasatan mendapati Harith memperdaya pengadu untuk memindahkan wang melalui akaun TNG kononnya bagi tujuan pemasangan bodykit dan kos minyak.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Timbalan Pendakwa Raya Ronnie AK Anthony memohon hukuman setimpal dikenakan dengan menyatakan Harith telah menyalahgunakan kepercayaan rakannya dan mengambil kesempatan terhadap urusan perkhidmatan automotif untuk mendapatkan wang serta menyalahgunakan kenderaan milik pengadu.

Dalam kes berasingan seorang lelaki berusia 35 tahun dipenjara sehari dan didenda RM25 atau penjara 14 hari kerana berkelakuan mengancam.

Md Wiramdy Ramlan mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan berkelakuan mengancam dengan niat mencetuskan kekacauan di gudang Kozai (Sabah) Sdn Bhd di Batu 7 kira-kira jam 8 pagi pada 21 Mei lalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah itu memperuntukkan denda sehingga RM25 jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa pengadu yang bekerja sebagai penyelia di kilang tersebut didatangi Wiramdy yang meminta bantuan memalsukan rekod kerja lebih masa bagi menyelesaikan bayaran pinjaman dengan majikan mereka.

Selepas pengadu enggan terlibat Wiramdy menjadi marah, mencabar pengadu untuk bergaduh dan mengugut memanggil rakannya untuk memukul pengadu.

Kejadian itu disaksikan seorang lagi pekerja dan turut dirakam kamera CCTV.

Bimbang akan keselamatannya pengadu kemudian membuat laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here