Mon, 1 Jun 2026
Headlines:
Jambatan Penampang RM16.8 juta siap
Published on: Friday, May 29, 2026
Published on: Fri, May 29, 2026
Text Size:
Text:
Jambatan Penampang RM16.8 juta siap
JAMBATAN itu siap lebih tiga bulan lebih awal.
PENAMPANG: Projek Jambatan Timpangoh-Babagon bernilai RM16.8 juta siap lebih tiga bulan lebih awal daripada jadual, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick.

Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang, berkata projek itu pada asalnya dijadual siap Julai tahun ini. Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan sijil siap pada April lalu, lebih awal sebelum pembukaan rasmi jambatan itu.

Advertisement
“Sempena sambutan Kaamatan Zon Pertanian Penampang, saya mewakili Kerajaan Negeri merasmikan Jambatan Timpangoh-Babagon yang telah siap sepenuhnya.

“Apa yang istimewa mengenai projek ini ialah ia siap lebih awal daripada jadual, sekali gus memberi mesej jelas bahawa projek pembangunan boleh disiapkan lebih awal daripada tempoh ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Kaamatan Zon Pertanian Babagon, di sini, Sabtu lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
EWON bersama yang lain bergambar di Jambatan Timpangoh-Babagon yang siap.Terdahulu, Ewon menyempurnakan majlis ringkas bagi menandakan pembukaan jambatan berkenaan. Majlis pecah tanah projek itu diadakan pada Jun 2024.

Menurutnya, ribuan penduduk di Mukim Babagon sekian lama bergantung kepada laluan aras rendah yang tidak dapat dilalui apabila paras air Sungai Moyog naik.

Advertisement
Katanya, siapnya jambatan itu akan menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.

“Jambatan Timpangoh-Babagon akan menjadi pemangkin kegiatan ekonomi di sini. Sebelum ini penduduk bergantung kepada laluan aras rendah, namun ketika hujan lebat, paras air sungai meningkat sehingga pelajar dan penduduk kampung tidak dapat menyeberang.

Advertisement
“Dengan siapnya jambatan ini, hasil pertanian kini boleh dibawa keluar sepanjang 24 jam, manakala agensi kerajaan juga dapat memasuki kampung di zon pertanian ini pada bila-bila masa,” katanya.

Ewon turut berkata SMK Kipovo di Kampung Babagon dijangka mula beroperasi tahun depan.

“Berdasarkan taklimat yang diberikan kepada saya oleh pejabat pendidikan, sekolah itu dijangka dibuka tahun depan,” katanya.

Menurutnya, walaupun isu bekalan air masih belum selesai kerana projek bekalan air luar bandar Moyog belum bermula, Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan khas RM7.3 juta bagi memastikan bekalan air dapat disalurkan ke sekolah berkenaan.

Katanya, peruntukan itu diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi pemasangan paip dan penyaluran bekalan air dari stesen di Kampung Madsiang ke SMK Kipovo.

“Saya amat menghargai keputusan Ketua Menteri meluluskan peruntukan khas ini dan saya yakin Jabatan Air sebagai agensi pelaksana dapat memulakan proses perolehan tahun ini.

“Apabila sekolah dibuka tahun depan, bekalan air juga dijangka siap,” katanya.

Ewon berkata pelbagai projek pembangunan berskala kecil dan sederhana, termasuk pelancongan, pertanian serta inisiatif pemilikan tanah sedang dilaksanakan di kawasan itu demi manfaat penduduk kampung.

Katanya, Kerajaan Negeri kekal komited meneruskan pelbagai projek pembangunan luar bandar menerusi Pelan Pembangunan Penampang 2024-2035.

“Dengan sokongan kuat Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog Datuk Donald Peter Mojuntin, serta kerjasama pemimpin akar umbi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung, pemimpin agama, NGO dan rakyat keseluruhannya, aspirasi pembangunan yang dirancang akan lebih mudah dilaksanakan.

“Harapan saya agar kita semua terus bersatu, bekerjasama secara harmoni dan saling melengkapi,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here