Sat, 30 May 2026
Headlines:
Penduduk Tuaran gesa kawalan sampah dipertingkat
Published on: Thursday, May 28, 2026
Published on: Thu, May 28, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Penduduk Tuaran gesa kawalan sampah dipertingkat
SAMPAH dilihat bertaburan di tebing Sungai Tuaran selepas acara hiburan baru-baru ini.
Tuaran: Penduduk di daerah ini menggesa penganjur acara serta pihak berkuasa tempatan mengambil pendekatan lebih proaktif dalam pengurusan sampah ditinggalkan bertaburan di tebing Sungai Tuaran sejurus satu acara hiburan baru-baru ini.

Tinjauan mendapati sampah dibuang secara tidak terkawal di kawasan berumput dan laluan pejalan kaki malah sebahagiannya sudah dihanyutkan ke dalam sungai.

Advertisement
Seorang penduduk Mitchelle Ng, 42, yang tinggal berhampiran lokasi acara berkata penyediaan tong sampah tambahan serta pelan pembersihan yang lebih jelas perlu dirancang sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara dilaksanakan.

Beliau turut mengingatkan pengunjung supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan dan tidak meninggalkan sampah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesedaran sivik mesti datang dari diri sendiri. Jangan datang untuk berseronok dan tinggalkan sampah untuk orang lain uruskan.

“Bukan kita menolak penganjuran acara kerana ia membantu ekonomi tempatan dan menarik pelawat tetapi aspek kebersihan perlu diberi perhatian serius.

Advertisement
“Jika berterusan ia boleh merosakkan habitat sungai dan mencemarkan imej Tuaran sebagai salah satu daerah ikonik di Sabah,” katanya.

Perkara itu timbul selepas satu video orang awam tular yang menunjukkan botol plastik, bekas makanan dan cawan bertaburan di tebing sungai serta kawasan lapang berhampiran lokasi acara.

Advertisement
Mengulas lanjut Mitchelle turut menyifatkan keadaan itu sebagai memalukan kerana kawasan sungai dan pembangunan sekitar yang semakin popular dibiarkan kotor selepas acara tamat.

Menurutnya kesan jangka panjang sisa tidak terkawal bukan sekadar mencacatkan pemandangan, malah boleh mengancam ekosistem sungai dan hidupan liar.

Sementara itu beliau turut menggesa pihak berkuasa tempatan mempertingkat pemantauan serta penguatkuasaan termasuk tindakan terhadap individu yang didapati membuang sampah secara tidak bertanggungjawab.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here