Fri, 24 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
RM1.5 juta tingkat kemudahan, daya saing pelajar UMS
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
By: Stefyanie Myla Micheal
Text Size:
Text:
RM1.5 juta tingkat kemudahan, daya saing pelajar UMS
ZAMBRY (tengah) meneliti memorandum yang diserahkan oleh Allen (kiri) sebelum meluluskan peruntukan RM1.5 juta.
Kota Kinabalu: Memorandum oleh Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya memperoleh peruntukan segera RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus menyerlahkan impak kepimpinan pelajar dalam memacu penambahbaikan institusi.

Presiden Majlis itu, Allen Paul Justinus Situ berkata memorandum berkenaan diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir pada Ahad semasa lawatan kerja beliau ke Dapur Siswa Madani UMS.

Advertisement
Beliau berkata dokumen itu menggariskan tiga kluster utama yang menjadi teras tuntutan pelajar.

Kluster A memberi tumpuan kepada merapatkan jurang infrastruktur dan digital antara UMS dengan universiti awam di Semenanjung Malaysia.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kluster B pula menekankan keperluan mendesak untuk memodenkan kemudahan pembelajaran praktikal bagi meningkatkan daya saing graduan, manakala Kluster C menyentuh kestabilan jangka panjang bekalan asas serta daya tahan infrastruktur kampus.

Menurut Allen, Menteri meluluskan peruntukan segera RM1.5 juta di bawah Kluster B, khusus bagi pemodelan makmal dan kebolehpasaran graduan.

Advertisement
“Dana ini bertujuan menangani akses terhad kepada peralatan makmal serta menambah baik infrastruktur teknologi maklumat (IT) di seluruh kampus UMS,” katanya pada Rabu.

Beliau menambah inisiatif itu dijangka memberi impak langsung dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar serta memperkukuh daya saing graduan UMS dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

Advertisement
Mengulas perkembangan itu, Allen merakamkan penghargaan kepada kementerian kerana memberi maklum balas terhadap kebimbangan pelajar.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Pendidikan Tinggi kerana mendengar suara kami. Peruntukan ini merupakan berita baik kepada seluruh warga UMS dan membuktikan keberkesanan serta kepentingan peranan Majlis Perwakilan Pelajar dalam ekosistem pendidikan universiti,” katanya.

Majlis itu berperanan sebagai badan rasmi mewakili suara pelajar, bertindak sebagai penghubung antara pelajar dan pengurusan universiti selain memperjuangkan kebajikan serta pembangunan holistik pelajar di kampus.

Kepimpinannya dipilih secara demokrasi melalui pilihan raya kampus selaras dengan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here