Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Pelajar maut nahas di Keningau
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Pelajar maut nahas di Keningau
LOKASI kemalangan di hadapan SMK Keningau II.
KENINGAU: Seorang pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau II maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal di Jalan Keningau-Apin Apin di hadapan sekolah berkenaan, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai mengesahkan kejadian itu dan mengenal pasti mangsa sebagai Jumir Andoroh, 16, dari Kampung Pohon Batu, Nabawan.

Advertisement
Polis menerima maklumat daripada Unit Kecemasan Hospital Keningau kira-kira jam 8.30 pagi berhubung seorang pesakit yang sedang menerima rawatan akibat kemalangan jalan raya.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.45 pagi apabila motosikal ditunggang mangsa merempuh bahagian belakang sebuah Toyota Hilux.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Keningau untuk menghadiri acara sukan sekolah.

Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.48 pagi ketika menerima rawatan akibat kecederaan di kepala.

Advertisement
Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kedua-dua kenderaan terlibat telah dikeluarkan saman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here