Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Tiga remaja ditahan dalam kes rogol pelajar di Merotai
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Tiga remaja ditahan dalam kes rogol pelajar di Merotai
ACP Jasmin berkata suspek, termasuk suspek utama, ditahan kira-kira jam 6.50 petang Rabu di pondok polis Merotai.
TAWAU: Polis di sini memberkas tiga remaja lelaki, berumur antara 15 hingga 16 tahun bagi membantu siasatan dalam kes rogol membabitkan seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun.

Ketua Polis Daerah ACP Jasmin Hussin berkata suspek, termasuk suspek utama, ditahan kira-kira jam 6.50 petang Rabu di pondok polis Merotai.

Advertisement
Beliau berkata penahanan itu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat oleh ibu mangsa kira-kira jam 4.43 petang pada hari sama.

“Polis bertindak pantas untuk mengesan suspek sebaik menerima laporan,” katanya pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibawa oleh salah seorang suspek, iaitu pelajar Tingkatan Lima dengan menaiki sebuah kereta sebelum kejadian berlaku di sebuah rumah.

Kes itu terbongkar selepas mangsa, seorang pelajar Tingkatan Tiga, menceritakan kejadian itu kepada kaunselor sekolahnya sebelum dimaklumkan kepada ibunya.

Advertisement
Polis turut menahan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden itu.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Jasmin berkata polis memandang serius kesalahan seksual dan menasihatkan ibu bapa agar memantau pergerakan serta pergaulan anak-anak bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here