Thu, 23 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Arak bernilai RM1.29 juta dirampas di Labuan
Published on: Wednesday, April 22, 2026
Published on: Wed, Apr 22, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Arak bernilai RM1.29 juta dirampas di Labuan
ASPALILA bersama pegawai Kastam dengan rampasan itu.
LABUAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Labuan menyita tiga kontena mengandungi minuman keras dalam satu operasi penguatkuasaan di Pelabuhan Merdeka dengan nilai rampasan dianggarkan lebih RM1.29 juta, termasuk duti dan cukai.

Pengarah Kastam Labuan Aspalila Ag Tuah berkata rampasan itu dilakukan oleh pasukan operasi penguatkuasaan jabatan berkenaan yang dijalankan pada kira-kira 10 pagi, 17 Mac lepas.

Advertisement
“Pemeriksaan itu membawa kepada rampasan tiga kontena 20 kaki yang didapati mengandungi minuman beralkohol bernilai RM343,400, melibatkan duti dan cukai tidak dibayar berjumlah RM948,168.61 yang diimport oleh sebuah syarikat yang memiliki lesen import sah.

“Siasatan awal mendapati syarikat itu mempunyai lesen import yang diluluskan oleh JKDM Labuan bagi tempoh 20 Mac 2025 hingga 19 Mac 2026, dengan kuota yang dibenarkan sebanyak 250,000 liter.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati syarikat berkenaan telah melebihi kuota diluluskan dengan mengimport tambahan 52,746.24 liter minuman keras,” katanya pada sidang media khas di Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan, Pangkalan Marin Kiansam, di sini, Selasa.

Aspalila berkata pengimportan minuman keras memerlukan lesen dan setem cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia di bawah Peraturan 42(1) Peraturan-Peraturan Kastam 2019.

Advertisement
Beliau berkata modus operandi syarikat berkenaan ialah mengisytiharkan barangan melalui dua Borang Kastam No. 1 selain pengangkutan minuman keras itu menggunakan tiga kontena berasingan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here