Sat, 25 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Lelaki dipenjara, denda RM2,000 tipu beli kereta
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki dipenjara, denda RM2,000 tipu beli kereta
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri sebuah kereta dengan menyamar sebagai pembeli.

Aedan Dylan John mengaku bersalah di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus atas pertuduhan mencuri sebuah Perodua Kenari EZ (Auto) milik Soong Che Wai kira-kira jam 1.30 petang, 30 Mac lalu di kawasan parkir teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu bahawa Aedan menghubungi pemilik kenderaan melalui WhatsApp selepas melihat iklan jualan Perodua Kenari di Facebook Marketplace pada harga RM9,500.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia kemudian bertemu pemilik di sebuah rumah di Putatan untuk melihat kenderaan tersebut sebelum bersetuju untuk membelinya.

Tertuduh seterusnya memujuk pemilik supaya pergi ke lapangan terbang dengan alasan ingin mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM bagi membuat bayaran.

Advertisement
Aedan meminta untuk memandu uji kenderaan itu dan mencadangkan supaya mereka bergerak secara berasingan.

Namun sebaik tiba di lapangan terbang, tertuduh terus melarikan diri dengan kereta tersebut.

Advertisement
Pemilik kemudian mendapati nombor telefonnya telah disekat oleh tertuduh.

Polis menahan Aedan pada 3 April kira-kira jam 4.30 petang di Sipitang.

Kenderaan yang dicuri bersama kuncinya berjaya ditemui semula susulan penahanan itu.

Satu kawad cam turut dijalankan dan pengadu berjaya mengecam tertuduh manakala kenderaan turut dikenal pasti melalui padanan butiran casis.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Dalam kes berasingan Aedan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyalahgunakan sebuah kereta milik syarikat.

Dia didakwa menjual sebuah Perodua Myvi milik Seri Pancar Engineering Sdn Bhd kepada individu lain di bangunan UTC, Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman pada 12 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan juga denda jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memohon pengurusan kes praperbicaraan (PTCM) dengan mencadangkan jaminan RM10,000.

Mahkamah menetapkan 22 Jun untuk PTCM dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Alia Nuurlysa Adnan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here