Sun, 26 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Sabah sasar lebih 4 juta ketibaan pelancong tahun ini
Published on: Friday, April 24, 2026
Published on: Fri, Apr 24, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah sasar lebih 4 juta ketibaan pelancong tahun ini
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah menyasarkan lebih empat juta ketibaan pelancong ke negeri itu selaras dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, kata Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri juga turut merancang untuk menganjurkan Tahun Melawat Sabah 2027, sebagai langkah strategik untuk memacu dan menyemarakkan sektor pelancongan negeri.

Advertisement
Musa berkata pada masa sama, kerajaan negeri turut menekankan aspek penguatkuasaan dan keselamatan di kawasan pelancongan.

“Pemantauan berterusan akan dipertingkatkan bagi memastikan pematuhan kepada standard keselamatan dan peraturan sedia ada, selain menambah baik prosedur keselamatan untuk aktiviti pelancongan berisiko mengikut amalan terbaik antarabangsa,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Musa berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan negeri pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17 di sini pada Khamis yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pembangunan sektor pelancongan akan memfokuskan kepada usaha mempelbagaikan produk pelancongan baharu, peningkatan nilai tambah berasaskan budaya dan alam sekitar tempatan serta pembangunan komuniti melalui sektor pelancongan.

Advertisement
Selain itu, usaha memartabatkan khazanah budaya dan industri kreatif terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif termasuk pemulihan dan penambahbaikan infrastruktur, pembangunan ruang pameran baharu serta sokongan kepada penggiat seni, budaya dan industri kreatif tempatan.

“Langkah-langkah ini bukan sahaja menyokong pelancongan budaya malah menjadikan seni dan kreativiti tempatan sebagai tarikan unik bagi sektor pelancongan negeri,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here