Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
‘Perisa dadah’ dalam vape, jangan biar pelajar terjebak
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
‘Perisa dadah’ dalam vape, jangan biar pelajar terjebak
Nizam berharap kerajaan melalui kementerian berkaitan dapat mengambil langkah lebih berkesan bagi membendung gejala vape dalam kalangan pelajar daripada terus menular di peringkat akar umbi.
TAWAU: Penglibatan pelajar dengan rokok elektronik (vape), khususnya yang mengandungi bahan psikoaktif seperti perisa cendawan halusinogenik, perlu diberi perhatian serius oleh ibu bapa dan guru menerusi kerjasama erat dengan polis.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Nizam Abu Bakar Titingan berkata gejala itu boleh dicegah dari peringkat awal sekiranya wujud persefahaman kukuh antara ibu bapa, guru, pihak berkuasa termasuk polis serta pentadbir sekolah.

Advertisement
“Saya percaya perkara ini tidak berlaku di sekolah tetapi kadangkala berlaku di luar kawasan sekolah. Justeru, pemantauan bersama antara pihak sekolah dan polis perlu dipertingkatkan bagi memastikan perbuatan ini tidak berlaku termasuk di dalam sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Peringkat Daerah Tawau dan Kalabakan di SJKC Yuk Chin, di sini, Sabtu.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here