Fri, 24 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
DBKK ambil tindakan baiki jalan di Inanam dan Manggatal
Published on: Thursday, April 23, 2026
Published on: Thu, Apr 23, 2026
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
DBKK ambil tindakan baiki jalan di Inanam dan Manggatal
PASUKAN RPG menabur premix di kawasan jalan yang terjejas di laluan menuju ke kawasan Perindustrian Seri Warisan.
DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang mengatur tindakan bagi memperbaiki keadaan jalan di Inanam dan Manggatal susulan maklum balas daripada dua pengguna jalan raya mengenai keadaan pemanduan yang kurang memuaskan di laluan berkenaan.

Seorang pengguna jalan raya dari Inanam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerja garisan putih yang telah diperbaharui di jalan akses ke kawasan Perindustrian Seri Warisan selepas kerja penurapan semula dilakukan baru-baru ini. 

Advertisement
Pengguna berkenaan mempersoalkan mengapa garisan tersebut hanya dicat pada sebahagian laluan sahaja walaupun jarak keseluruhan dianggarkan sekitar 308 meter.

Seorang lagi pengguna jalan raya dari Manggatal pula mengadu mengenai kesulitan akibat kerosakan pada beberapa bahagian jalan menuju ke Sierra Biz Hub.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengguna itu berkata banyak lubang jalan (pothole) telah terbentuk di laluan tersebut sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

PETUGAS TTD turut mengambil maklum tentang banyaknya lubang jalan yang terbentuk di Lorong Biz Hup.Kedua-dua pengguna jalan raya itu telah mengemukakan butiran aduan mereka kepada Hotline yang seterusnya disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Advertisement
Jurucakap Jabatan Trafik dan Pengangkutan (TTD) DBKK berkata kerja-kerja pengukuhan turapan serta penurapan semula telah dilaksanakan di jalan menuju ke kawasan Perindustrian Seri Warisan.

“Pasukan ‘road-patching-gang’ (RPG) telah melaksanakan kerja pembaikan di jalan berkenaan pada awal tahun ini,” katanya.

Advertisement
Jurucakap berkata premix telah dituangkan pada bahagian jalan yang terjejas dengan kerja-kerja meratakan dilakukan oleh pasukan lima orang pekerja menggunakan cangkul dan penyapu bagi memastikan bahan tersebut diratakan secara sekata di seluruh lebar laluan.

Beliau menyatakan garisan trafik kemudiannya dicat semula beberapa hari selepas kerja penurapan premix selesai.

“Bagaimanapun atas sebab tertentu RPG tidak mengecat garisan putih dari hujung ke hujung. Kami kini dalam proses mendapatkan peruntukan bagi menyiapkan kerja garisan di bahagian yang tertinggal,” ujarnya.

Jurucakap TTD itu menambah pegawai jabatan itu telah melakukan pemeriksaan ke atas keadaan jalan tersebut pada November selepas mengesahkan laluan itu tersenarai dalam rekod jalan agensi berkenaan.

“Mereka mendapati pada masa itu sebahagian kawasan yang terjejas adalah sebesar kolam mandi kanak-kanak.

“Air hujan yang bertakung selepas hujan lebat boleh mengambil masa beberapa hari untuk kering dan dalam tempoh itu permukaan aspal boleh terhakis secara beransur-ansur menyebabkan pembentukan lubang di jalan,” maklumnya.

SEORANG pengguna jalan raya di Inanam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerja garisan putih yang didakwa dilakukan secara ala kadar di jalan berkenaan.Jurucakap berkata pihak Jabatan Kejuruteraan agensi itu telah dimaklumkan mengenai masalah air bertakung (ponding) di jalan berkenaan.

Dalam pda itu jurucakap Jabatan Kejuruteraan berkata pihaknya akan membuat semakan terhadap sistem saliran di kawasan tersebut.

“Kami perlu mengesahkan laporan mengenai air bertakung di jalan itu.

“Sekiranya ia benar kami akan memantau keadaan jalan tersebut untuk satu tempoh bagi mengenal pasti punca air larian tidak surut selepas hujan berhenti,” jelasnya.

Bagi kawasan pusat komersial Manggatal pula jurucakap TTD DBKK berkata satu pemeriksaan telah dijalankan di Lorong Biz Hup pada hujung tahun lalu.

“Pegawai kami mengesahkan aduan pengguna jalan raya mengenai keadaan jalan tersebut semasa pemeriksaan dibuat.

“Mereka turut menilai tahap kerosakan yang berlaku di laluan berkenaan,” ujarnya.

Beliau memaklumkan pihaknya berharap kerja-kerja pembaikan jalan dapat dimulakan segera selepas menerima peruntukan bagi menaik taraf beberapa jalan di bawah seliaannya.

Jurucakap berkata pihaknya telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut yang dijangka bermula secara tentatif menjelang hujung bulan ini.

Sementara itu TTD DBKK turut memaklumkan kerja-kerja naik taraf Jalan Plaza GM yang terletak berhampiran Sierra Biz Hub telah dilaksanakan sejak awal tahun ini.

Jalan Plaza GM menghubungkan kawasan Grand Merdeka Mall dan Taman Rimba.

Menurut jurucakap terbabit pada peringkat awal pihaknya bercadang untuk memasukkan kerja-kerja baik pulih Lorong Biz Hup sebagai sebahagian daripada projek naik taraf Jalan Plaza GM yang sedang berjalan.

“Namun kami mendapati ia tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab teknikal,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here