BELURAN: “Saya lega dan gembira apabila akhirnya ada penyelesaian terbaik untuk anak-anak kami,” kata seorang ibu, Hasnawati Musib, 35, susulan keputusan penempatan sementara murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya.
Menurut Hasnawati dua anaknya yang masing-masing berumur tujuh dan 11 tahun kini akan ditempatkan di SK Pekan Beluran bagi sesi persekolahan pagi bersama murid sekolah berkenaan.
Katanya keputusan itu memberi kelegaan besar kepada ibu bapa selepas sebelum ini terpaksa berdepan kesukaran menguruskan persekolahan anak-anak yang berpecah ke lokasi berbeza.
“Dulu anak-anak saya terpaksa belajar di dua tempat berlainan menyebabkan kami perlu menanggung kos pengangkutan sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Advertisement





