Mon, 20 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
Pelajar Sabah digalak ceburi bidang peralihan tenaga, keterjaminan makanan
Published on: Sunday, April 19, 2026
Published on: Sun, Apr 19, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelajar Sabah digalak ceburi bidang peralihan tenaga, keterjaminan makanan
Mustapha berkata galakan kepada anak-anak Sabah untuk menceburi sektor peralihan tenaga serta keterjaminan makanan itu juga berikutan kedua-dua bidang berkenaan mempunyai potensi besar untuk diterokai di Sabah termasuk Sarawak.
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud menggalakkan pelajar, khususnya di Sabah, untuk menceburi bidang peralihan tenaga dan keterjaminan makanan di peringkat pengajian tinggi selaras dengan keperluan pembangunan masa depan.

Beliau berkata kedua-dua bidang strategik itu kini menjadi fokus utama berikutan perubahan global yang menuntut peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu serta keperluan meningkatkan pengeluaran makanan domestik bagi mengurangkan kebergantungan import.

Advertisement
“Kita berharap pelajar di Sabah khususnya memilih kursus pengajian yang mempunyai kebolehpasaran tinggi dan seiring dengan perubahan global sekarang yang kita lihat berlaku peralihan fokus.

“Kita tidak mahu bergantung dengan bahan api terutama minyak dan gas tetapi kita perlu buat peralihan ke sumber tenaga lain. Itu yang kita ada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bidang keterjaminan makanan juga perlu diberi perhatian. Kita tidak mahu pelajar menganggap sektor pertanian dan penternakan ditawarkan universiti atau politeknik tidak memiliki potensi besar kerana jika dilihat krisis global sekarang membuktikan kepentingannya,” katanya.

Mustapha berkata kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Sabah II di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, Sabtu.

Advertisement
Beliau berkata galakan kepada anak-anak Sabah untuk menceburi sektor peralihan tenaga serta keterjaminan makanan itu juga berikutan kedua-dua bidang berkenaan mempunyai potensi besar untuk diterokai di Sabah termasuk Sarawak.

Mustapha berkata Sabah mempunyai kelebihan dari segi keluasan tanah serta kekayaan sumber semula jadi termasuk sumber laut yang menyediakan ruang luas bagi pembangunan sektor pertanian, penternakan dan industri berkaitan.

Advertisement
Bagaimanapun, katanya bakat dan kepakaran modal insan mencukupi dalam kalangan anak-anak Sabah amat diperlukan bagi menggerakkan kedua-dua bidang tersebut sebagai usaha mengangkat negeri ini dan Sarawak sebagai peneraju sektor peralihan tenaga serta keterjaminan makanan negara.

Mengenai karnival berkenaan, Mustapha berkata program berlangsung dua hari hingga hari ini itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bidang pengajian ditawarkan di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here