Sat, 25 Apr 2026
Headlines:
Advertisement
JCI Keningau Baru perkasa kepimpinan belia pedalaman
Published on: Thursday, April 16, 2026
Published on: Thu, Apr 16, 2026
Text Size:
Text:
JCI Keningau Baru perkasa kepimpinan belia pedalaman
VINCENT bersama ahli baharu JCI Keningau Baru.
KENINGAU: Daerah ini mencatat detik bersejarah dalam perkembangan kepimpinan belia apabila Majlis Penyerahan Piagam JCI Keningau Baru berlangsung di bawah gerakan global Junior Chamber International (JCI) yang menghimpunkan pemimpin komuniti serta ahli dari seluruh negara.

Presiden JCI Kebangsaan 2026 Vincent Leng menekankan kepentingan memperluaskan peluang kepimpinan ke kawasan pedalaman Sabah.

Advertisement
“Penubuhan JCI Keningau Baru mencerminkan kekuatan serta perkembangan pemimpin muda di Sabah. 

“Organisasi ini akan menjadi platform penting dalam melahirkan belia yang berdaya saing, bertanggungjawab dan proaktif dalam menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Turut dilaksanakan pengisytiharan rasmi 22 ahli baharu yang menjadi asas penubuhan organisasi berkenaan.

Beliau berkata ahli-ahli itu terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional dan pegawai kerajaan, mencerminkan kepelbagaian budaya dan kerjaya serta minat yang semakin meningkat dalam kalangan belia Keningau terhadap pembangunan kepimpinan dan penglibatan sivik.

Advertisement
Sementara itu Penasihat JCI Keningau Baru Wilson Gan berkata organisasi itu ditubuhkan dengan visi menjadi pemangkin perubahan positif di pedalaman Sabah.

“Belia perlu berada di barisan hadapan dalam memimpin dan membangunkan komuniti,” katanya.

Advertisement
Majlis turut menyaksikan pelantikan Presiden pertama Ling Guong Zhin bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah baharu seterusnya menandakan permulaan kepimpinan rasmi organisasi itu.

Dalam ucapannya beliau berharap JCI Keningau Baru menjadi platform kepada golongan muda di Keningau dan kawasan sekitarnya untuk berkembang sebagai pemimpin aktif yang menyumbang kepada masyarakat.

“Ini hanyalah permulaan. Fokus kami adalah untuk berkembang secara berperingkat, kekal konsisten dan memastikan setiap usaha memberi manfaat kepada komuniti Keningau.

“Dengan penubuhan ini, JCI Keningau Baru kini menjadi sebahagian daripada rangkaian global yang merangkumi lebih 100 negara dengan matlamat membuka peluang kepada golongan muda membina kemahiran kepimpinan serta memberi impak di peringkat tempatan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here