PENAMPANG: Seorang lelaki ditahan selepas polis menemui lebih 600 gram ganja disyaki dalam satu serbuan dadah di Putatan.
Ketua Polis Daerah Sammy Newton berkata suspek ditahan dalam serbuan yang dijalankan pada Selasa di Jalan Pantai Berahi.
“Operasi itu dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah di bawah Op Tapis sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras penge-daran dadah,” katanya.
Polis menemui enam paket plastik lutsinar mengandungi daun kering mampat yang dipercayai ganja.
Beliau berkata dadah yang dirampas itu seberat kira-kira 641.82 gram dengan anggaran nilai pasaran RM1,890.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Advertisement

“Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup tidak kurang 30 tahun, serta tidak kurang 12 sebatan,” katanya.
Sammy turut menegaskan bahawa polis tidak akan berkompromi dengan individu terlibat dalam penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat bagi membantu usaha penguatkuasaan.