Sun, 12 Apr 2026
Headlines:
Syabu: Warga asing dipenjara 9 tahun, rotan
Published on: Saturday, April 11, 2026
Published on: Sat, Apr 11, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Syabu: Warga asing dipenjara 9 tahun, rotan
Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan.
SANDAKAN: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun dipenjara sembilan tahun dan diperintah dikenakan 10 kali sebatan rotan kerana memiliki 52.4 gram syabu.

Hakim Mahkamah Sesyen Roslinda Razali menjatuhkan hukuman itu selepas Rudi, 35, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Advertisement
Rudi didapati memiliki dadah pada jam 1 pagi, 14 Januari di sebuah pondok terbuka dalam kawasan ladang getah persendirian di Kampung Tangkarason, Paitan.

Kesalahan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yuvan Bharathan tampil untuk pendakwaan manakala Rudi tidak diwakili peguam.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 43 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun serta satu sebatan kerana membawa dua bilah pisau di tempat awam tanpa kebenaran sah.

Advertisement
Ibrahim Yakop ditahan polis pada 21 Mac lalu jam 9.05 pagi di Agnes Keith House, Jalan Istana, di sini.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 28 tahun didenda RM3,800 atau penjara enam bulan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Advertisement
Mohd Syafiq Nasrun mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Faezah Jafry kerana dengan sengaja menghalang anggota polis menjalankan tugas ketika sekatan jalan raya di Bandar Indah, di sini pada jam 4.55 petang, 3 April lalu.

Mohd Syafiq membayar denda itu. 

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Ong Teik Yi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here